Program Pameran Sempena Hari Kokurikulum
16 September 2019 | Aktiviti TerkiniBersempena hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang pada 15 September yang lalu, pihak pusat internet telah diundang untuk mengadakan pameran dan membuka booth. Oleh itu, pihak pusat internet kluster Kubang Pasu telah mengambil bahagian untuk memeriahkan hari kokurikulum tersebut dengan membuka booth pameran dan mengadakan aktiviti KDB bersama pelajar sekolah.
Pameran ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Selain menghebahkan fungsi dan peranan Pusat internet kepada masyarakat, aktiviti yang diisi kepada para pelajar adalah bertujuan membuka mata orang awam mengenai kewaspadaan menggunakan internet secara lebih berkhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: